fbpx
5 TIP RANCANG KEWANGAN UNTUK PERSIAPAN PERKAHWINAN ANDA

5 TIP RANCANG KEWANGAN UNTUK PERSIAPAN PERKAHWINAN ANDA

Faktor kewangan menjelang pernikahan adalah faktor utama menjadi perhatian para pengantin. Jika tidak diuruskan dengan baik, ianya boleh memberikan tekanan yang serius kepada para pengantin.

Berikut kami kongsikan 5 Tips yang anda boleh buat untuk uruskan kewangan menjelang hari pernikahan.

1. Menyediakan dana sebelum dan selepas kahwin

Menyediakan dana selepas kahwin juga penting kerana kehidupan anda & pasangan baru sahaja bermula. Kami menyarankan anda untuk menyediakan sekurang-kurangnya dana untuk tempat tinggal.

2. Susun Anggaran Belanja Kahwin

Kenali semua anggaran belanjawan yang ada kemudian susun paling tinggi ke paling rendah. Jika ada peluang, anda boleh cuba mengurangkan jumlah setiap anggaran tersebut.

3. Tetapkan Keutamaan

Perbelanjaan yang minima adalah terbaik jika boleh memberikan kepuasan terbesar. Biasanya bakal pengantin mengimpikan sebuah majlis yang serba sempurna. Berhati-hatilah dengan mimpi ini, kerana anda juga perlu berfikir logik dan bisa membezakan mana perbelanjaan yang harus dilakukan dan mana yang bisa dihapuskan.


Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.


4. Hati-hati dengan Hutang

Membuat hutang untuk berkahwin adalah satu pilihan yang kurang bijak. Hutang yang dibuat perlu dijelaskan selepas berkahwin , kemungkinan boleh menjadi bebanan kewangan tambahan. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan masalah kelak.

5. Komunikasi Terbuka

Berbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai tahap kewangan masing-masing di awal merancang pernikahan. Ianya bagus untuk kita sama-sama merancang anggaran yang sesuai dengan tahap kewangan yang kita ada. Jadi setiap pasangan perlu telus & jujur agar perancangan yang dibuat akan lebih terkawal & selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*