fbpx
  • Home
  • /Wedding Tips
  • /7 CARA MEMILIH SERVIS KATERING DAN BAGAIMANA UNTUK ELAK DARIPADA DITIPU
7 CARA MEMILIH SERVIS KATERING DAN BAGAIMANA UNTUK ELAK DARIPADA DITIPU

7 CARA MEMILIH SERVIS KATERING DAN BAGAIMANA UNTUK ELAK DARIPADA DITIPU

Dewasa ini, apabila kita menyelak didada-dada akhbar, kita sering dikejutkan dengan berita pengantin ditipu katering dimana makanan yang ditempah tidak tiba di hari perkahwinan. Setiap pasangan pasti takut dan taknak kejadian sedemikian berlaku pada hari majlis yang paling penting dan bermakna di dalam hidup mereka bukan?

Kebiasaannya, pemilihan katering ini dilakukan oleh ibubapa kerana mereka memiliki pengalaman yang luas dan mempunyai rakan-rakan yang boleh dijadikan rujukan katering mana yang menawarkan servis yang okay.

Jadi, kami sediakan tujuh panduan yang boleh membantu anda dalam memilih servis katering yang berada di Malaysia dan bagaimana untuk elak ditipu dan tertipu dengan janji manis si katering ni.

 

  1. Quotation

Ia merupakan perkara asas sebelum berurus niaga lebih mendalam. Pastikan anda semua mendapatkan quotation yang lengkap mengenai servis yang ditawarkan oleh pihak katerer termasuklah jenis makanan, harga makanan dan peralatan yang digunakan. Pastikan anda membuat survey  lebih dari lima katering tau.

  1. Pilih Katering yang Menawarkan Tawaran Menarik

Anda juga perlulah memilih katering yang menawarkan tawaran yang lebih menarik seperti jenis makanan yang disediakan dan jumlah makanan untuk berapa orang. Elakkan dari memilih katering yang menyediakan makanan kurang daripada jumlah tetamu yang dijemput bagi mengelakkan tetamu pulang dengan perut kosong.

  1. Food testing

Perkara wajib yang anda perlu buat sewaktu berurusan dengan pihak katerer ialah food testing. Make sure anda mencuba makanan yang dipilih dan membuat pilihan yang tepat. Ini bagi mengelakkan jenis makanan yang anda pilih tidak sama seperti di dalam gambar apatah lagi rasanya pada majlis perkahwinan anda.

  1. Face-to-Face

Jangan wakilkan sesiapa sama ada kawan, family, sepupu, sepapat untuk berurusan dengan pihak katerer. Pergi jumpa sendiri pihak katerer yang telah anda pilih untuk majlis anda. Ini bagi mengurangkan risiko untuk ditipu oleh pihak katerer.

  1. Research

Buat research tentang senarai katering yang anda pilih. Bandingkan harga setiap katering dan pilihlah katering yang menawarkan pakej yang mengikuti bajet anda. Apa yang paling penting sekali  ialah control nafsu anda dan berbelanjalah dengan hemah.

  1. Cara Bayaran

Dapatkan maklumat yang lengkap mengenai cara bayaran dan caj tambahan yang dikenakan oleh pihak katerer kepada anda.  Seeloknya, bayarlah secara berperingkat iaitu  20% untuk booking, 60% sebelum majlis dan 20% selepas selesai majlis. Nampak macam lecehkan tetapi tak salahkan kita berhati-hati asalkan kita tidak ditipu oleh pihak yang suka menipu ni kan?

  1. Tema Majlis

Kebiasaannya, tema majlis selalu dianggap remeh dan tidak penting oleh sebilangan pengantin. Sekiranya tema majlis perkahwinan anda bertemakan arab, pilihlah katering yang menawarkan makanan yang berunsurkan arab. Barulah tetamu teruja untuk datang ke majlis anda kerana kelainan konsep majlis perkahwinan anda.

 

Pastikan anda tidak tertipu dengan mulut manis katering yang suka menanam tebu di tepi bibir. Make sure anda buat research mengenai pihak katerer yang anda pilih dan seeloknya berbincanglah dengan pasangan dan keluarga anda. Ini soal duit yang dilaburkan untuk majlis perkahwinan anda. Kunci utamanya ialah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan elakkan ditipu ye.

 

***Gambar-gambar credit to Google***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*