fbpx
  • Home
  • /Tips & Facts
  • /7 PERANGAI BURUK ISTERI YANG MEMBUATKAN SUAMI MENYAMPAH DAN BOSAN.
7 PERANGAI BURUK ISTERI YANG MEMBUATKAN SUAMI MENYAMPAH DAN BOSAN.

7 PERANGAI BURUK ISTERI YANG MEMBUATKAN SUAMI MENYAMPAH DAN BOSAN.

Hai uolss… MakNah nak bagi tau sikit la kan dekat korang yang perempuan ni. Sebagai perempuan pun perlu tau jaga imej walaupun dah kawin. Dalam kehidupan berumahtangga ni, seorang suami sangat la memerlukan isterinya sebagai pelengkap hidup dalam mengharungi onak dan duri perjalanan hidup. Wawww. Sejak bila MakNah belajar satera ni? haha. Okay sambung. Kebiasaannya Encik Suami mesti nak pasangan yang sentiasa mendampingi diri dia dan menjadi sumber kekuatan bila tengah kusut atau dalam masalah.

 

Akan tetapi, Hah ada tapinya tau. Ada beberapa perkara yang dilakukan oleh isteri menimbulkan rasa kurang senang di hati suami. Sikap yang kurang menyenangkan ini boleh membuatkan suami hilang mood dan bosan.

 

So, pastikan isteri mengelak daripada melakukan tujuh perkara yang kurang disenangi oleh suami ini.


 

#1.SALAH PILIH TOPIK UNTUK BERBUAL

Tak salah tau kalau korang nak bercerita dan berkongsi dengan pasangan tapi biarlah berpada-pada. Ini kerana lelaki mudah bosan bila diajak berbual tentang satu topik yang sama  dan korang asyik mengulanginya berkali-kali. Sampai pecah gegendang suami korang! haha. Macam melampau sngt kan.  Apa salahnya kalau borak borak pasal lawak yang boleh membuatkan suami korang ketawa terbahak-bahak. Kalau boleh biar dia bergulig sekali. Itu kan lebih menarik?

 

 

#2. KOMEN TENTANG PENAMPILAN BERAT SUAMI

Jangan mengkritik berat badan dan penampilan suami korang secara berlebih-lebihan. Memang tidak salah kalau nak tegur tapi pastikan perkataan yang korang gunakan itu bersesuaian dan jangan sampai menyinggung perasaan suami korang. Ini tak, siap maki and kutuk lagi suami korang, mana lah suami korang tu tak ambik hati dngn uolss. Berilah nasihat  dengan cara yang selamba atau berlawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan bersahaja.

 

 

#3. MENGELUH TIADA BAJU YANG SESUAI

Bila korang selalu mengeluh tak da baju, padahal baju korang dah sampai dua hingga tida buah almari, tu belum masuk lagi kasut and still mengaku yang korang tak da baju yang sesuai untuk dipakai. Whatttt?  Mesti suami korang jadi i “malas” mendengar alasan korang tu. Sedar atau tak yang korang dah buat suami rimas, marah and meluat dengan korang sebab asyik mengeluh  tiada baju.

 

 

#4. TERLALU MENGONGKONG

Lelaki sangat anti dengan perangai perempuan yang ade perangai mcm ni! Bagi lelaki, ia cukup merimaskan dan membuatkan dirinya rasa terikat dan tidak bebas. Mengongkong secara berlebihan dan pada perkara yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan suami kecewa dan sedih. Sukar untuk suami dapat apa yang mereka mahukan apabila bersama dengan isteri yang kuat mengongkong.

 

 

#5. TERLALU MENGEJAR CITA-CITA

Isteri yang begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan suami kurang senang. Malah wanita sebegini merasakan dirinya boleh hidup tanpa sokongan lelaki kerana dia boleh berdikari di atas kejayaannya sendiri. Kepada wanita di luar sana, MakNah nak pesan nih. Cubalah ubah sikap buruk ini supaya mudah untuk lelaki mendekati korang. Tapi, janganlah terlampau bersikap terbuka sebab wanita juga ada kehormatan yang perlu dijaga.

 

 

#6. AMBIL MASA LAMA UNTUK BERSIAP

Lelaki mudah bosan apabila terpaksa menunggu wanita bersiap lama semata-mata untuk keluar ke satu-satu tempat yang jaraknya tak sampai lima minit dari rumah. Hello nak pergi kedai mamak je kot, x de sape pun nak tngok korang!  Walaupun nampak perkara itu kecil pada wanita tapi kalau dah setiap kali nak keluar dan lelaki terpaksa menunggu korang sehingga dua, tiga jam untuk bersiap, lama-kelamaan pastinya suami akan bosan.

 

 

#7.HIGH MAINTENANCE

Isteri yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan sukakan barang kemas atau keperluan mewah, pastinya merisaukan suami. Tidak semua suami mampu untuk memenuhi permintaan isteri sebegini kerana dalam fikiran mereka, ada perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan.

So selamat mencuba guys <3

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*