fbpx
BURUKNYA MAKEUP AKU!! DAH BURUK TAMBAH LAGI BURUK

BURUKNYA MAKEUP AKU!! DAH BURUK TAMBAH LAGI BURUK

Kite selalu pergi kenduri kawin sebab nak tengok pengantin je kan? betul tak.. Makan taknak sangat pun kan. hihihi. Nak tngok dia pakai baju apa, pelamin macam mana and makeup macam mana, tambah-tambah lagi kalau yang kahwin tu kawan korang, mesti habis diteleknya. haha.  Gila bustbody kan tapi kesian jugak dekat pengantin kalau dia punya makeup buruk. STRESS MakNah tngok! kadang-kadang tukang makeup pengantin ni makeup asal boleh je. Siap foundation tak sama dengan warna kulit pulak tuh. huhu. Menangis tngok! Dah la hari wedding semua orang nak tengok pengantin. tskk. Ini salah mak andam lah ni. Korang nak ke jadi macam ni???

sumber: Hijab Trend populer

Hah dah macam “Hantu Gomak” MakNah tngok. Seram! Korang mesti nak natural look and soft je kan. Bak kata orang ‘flawless nya dia’ kan. Perkataan itu lah yang kite nak dengar dari mulut makcik-makcik Bawang nanti. hihi.

   Kan manis tuh. Sejuk mata memandang, bergetar tulang rusuk. Eh tapi min perempuan? hahah

  So ade 7 tips yang MakNah boleh kongsikan supaya korang tak jadi hantu waktu wedding nanti. hahaha

.

.

1) Jangan pilih MUA yang makeup tebal sangat

Makeup yang tebal ni boleh tukar muka korang jadi orang lain. Nanti tetamu pun confused aku dekat wedding siapa ni. haha. Ok tak lawak. Bende serius tau jangan bawak gurau. Silap-silap boleh tukar majlis persandingan korang. Kalau makeup korang terlalu tebal, tak sampai 2 jam je muka dah merekah-rekah macam tanah x cukup air. oupsss.

2) Foundation Flawless

Cuba tengok testimoni yang ada tukang makeup tu. Kalau yang berminyak-minyak tu jangan lah ambik kalau tak nak jadi orang minyak! Ok tak lawak. Bende serius. Sebagai seorang MUA mesti dia ade pengalaman dan pengetahuan mcm mana nak sesuaikan foundation untuk kulit yang berminyak, kulit kering dan kulit yang sensitif. Ape yang maknah tahu lah, kulit yang berminyak memang sesuai pakai foundation yang ade water based. Gituww. Haha. So pastikan korang ambil tahu semua bende pasal makeup ni.

BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

3) Foundation sesuai dengan warna kulit

Kalau dah memang kulit korang gelap, warna coklat. Pastu tetiba nak pakai code foundation yang cerah. Dah kenapa! Warna kelabu la jawabnya muka korang, nak photoshoot atas pelamin pun nampak pelik. Time ni lah peluang makcik-makcik bawang nak membawang korang. Grrrrr stress. So pastikan korang pilih MUA yang betul-betul ok. Ade je service yang murah tapi hasil dia wow meletop! Cuma kita je yang takut nak ambik yang murah-murah sebab tak yakin.

4) Cara MUA handle kening customer

Perkara paling penting adalah?? Jangan sesekali bagi MUA cukur kening korang, tapi ade juga MUA yang jenis makin bedal je tanpa mintak izin. So kite tak nak lah jadi macam ni. Botak kening korang nanti, suami pulak yang tak kenal bila dah tanggal makeup. Haha. Kalau ade MUA yang mintak tanya kite nak cukur atau tak. Korang pilih lah dia! Lagi pun sekarang ni dah ade macam-macam cara untuk hasilkan kening yang terbaik. So korang yang kening berterabur tu jngn la risau okay. Ini semua tugasan MUA, dia lah yang bertanggungjawab.

5) Pakai moisturizer

Sebelum korang nak mula makeup pastikan korang pakai moisturizer. Sebab ape, bila kulit korang dah lembab makeup pun senang je nak blend gituww. Haha. Sapuan bedak korang pun akan nampak soft je. Tapi kalau muka korang nampak lagi berminyak, dap dap sikit muka korang dengan kartas minyak okayy.

6) Pakai primer

Mesti ramai yang tak tau pasal primer ni kan? jujur jela. Haha. Yg MUA pun ade je yang sengaja skip pakaikan primer dekat pengantin sebelum pakai! Grrrrr. Tak patut. So make sure pakai okay. Sapuan primer penting untuk menjadikan permukaan wajah menjadi licin , menutup pori dan memudahkan sapuan bedak asas. Primer juga dapat mengatasi masalah sapuan bedak tidak rata selain menjadikan solekan tahan lebih lama.

7) Pakai concealer selepas foundation

Degil kan korang! dah cakap suruh pakai after foundation. Ade jugak yang pakai lepas dah siap makeup ker. Haha. Teruk sngt korang ni.

Tutup cela dengan concealer selepas foundation. Kemudian barulah blend dengan bedak .

SELAMAT MENCUBA <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*