fbpx
CARA MANDIKAN BAYI DENGAN BETUL

CARA MANDIKAN BAYI DENGAN BETUL

 

Untuk first time mother, memandikan bayi merupakan cabaran yang besar walaupun ia bukanlah sesuatu yang begitu rumit. For sure, mereka akan kekok dengan keadaan bayi yang bertubuh kecil dan fragile ditambahkan lagi dengan luka bersalin yang masih berbisa.

Bagi yang masih mempunyai mak atau mak mertua untuk menjaga mereka semasa proses berpantang, merekalah insan yang sangat bertuah.  Namun begitu, di kemudian hari mereka masih perlu melakukannya sendiri.

Jom tengok dan fahami cara-cara memandikan bayi dengan selamat.

  • Sediakan semua keperluan mandian dan persalinan selepas mandi

– Keperluan mandi seperti besen kecil/tab mandi, sabun bayi, span atau kain lembut

-Persalinan bayi selepas dimandikan seperti tuala, lampin, krim, bedak, putik kapas dan sebagainya

 

  • Ruang mandi yang selamat

Pastikan ibu-ibu mendapatkan ruang yang luas, selesa dan selamat. Sekiranya ibu-ibu masih belum boleh duduk dengan selesa, mandikan bayi dalam keadaan berdiri di singki dapur atau di atas meja. Make sure, lapikkan alas getah ye untuk mengelakkan ibu-ibu daripada tergelincir semasa mendukung bayi dan jauhkan benda-benda yang menganggu ruang keselesaan ibu-ibu.

  • Kedalaman air yang elok

Kedalaman air yang elok dan disyorkan ialah sekadar bayi berbaring setakat bahunya terendam iaitu lebih kurang 10cm untuk bayi yang berusia kurang dari 6 bulan. Manakala, untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, pastikan kedalaman air tidak melebihi paras pinggang bayi dalam posisi duduk.

  • Suhu air yang sesuai

Mandikan bayi dengan air suam; tidak terlalu sejuk mahupun terlalu panas. Suhu yang sesuai ialah sekitar 37’c. Make sure, celupkan siku untuk merasa kehangatan air, bukannya merasa dengan tangan.

  • Periksa lampin

Sekiranya lampin bayi dipenuhi dengan najis atau air kencing, pastikan punggung bayi dibersihkan terlebih dahulu. Tutup bahagian tubuhnya dengan tuala terlebih dahulu supaya bayi tidak kedinginan.

  • Cara dukung

Gunakan satu tangan untuk menyokong leher dan kepalanya manakala satu tangan lagi digunakan untuk membersihkan anggota badan bayi. Selepas membersihkan muka dan kepala bayi teruskan menggosok lembut dari anggota bahagian atas badan ke bawah dan dari depan ke belakang.

  • Meratakan air dan membersih anggota

Ratakan air dan sabun yang sesuai ke badan bayi. Pastikan setiap celahan turut dibersihkan. Bagi bayi yang baru lahir yang sensitive, cukup sekadar meratakan air bersih tanpa perlu menggunakan sabun.

  • Mengeringkan dengan tuala

Tidak perlu menggosok tuala ke kulit bayi yang masih halus. Sebaliknya, tepukkan tuala secara perlahan-lahan ke badan bayi.

  • Bersihkan tali pusat

Tali pusat bayi haruslah dibersihkan dan dikeringkan setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman. Gunakan antiseptik yang dibekalkan oleh hospital atau cukup sekadar menggunakan air bersih.

  • Urutan bayi

Luangkan masa mengurut bayi  di bahagian perut atau tapak kaki sebelum dipakaikan baju. Kebiasaannya, urutan dapat memberi ketenangan kepada bayi. Gunakan minyak bayi seperti minyak telon atau losyen pelembab yang sesuai untuk memberi urutan kepada bayi.

 

Selamat berpantang kami ucapkan kepada ibu-ibu diluar sana.

Semoga anak anda membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah dan dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara. 

InshaALLAH. Allahummaamin.

***Gambar-gambar credit to google***

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*