fbpx
  • Home
  • /Photography
  • /“CIK SERIUS KE NAK AMBIL GAMBAR GUNA HANDPHONE JE MASA KAHWIN NANTI?
“CIK SERIUS KE NAK AMBIL GAMBAR GUNA HANDPHONE JE MASA KAHWIN NANTI?

“CIK SERIUS KE NAK AMBIL GAMBAR GUNA HANDPHONE JE MASA KAHWIN NANTI?

12

“Tak boleh ke ambil gambar guna HP je nanti masa kahwin? Kan HP dah canggih sekarang ni, Megapixel pun besar sampai ada 20 MP siap ada soft flash lg … kan dah hebat tu ? x perlu la hire photographer rasmi ni, dah la mahal , membazir je … “

OK Cik, kalaulah betul bagai yang disangka , tidak mengapa sebab kami yang jadi Jurugambar rasmi ni tak berkecil hati pun dengan sangkaan tersebut.

TAPI… ada beberapa perkara yang perlu Cik pertimbangkan sebelum meneruskan hajat sedemikian rupa :

1. Sanggup ke nak selfie sepanjang masa , dari mula majlis sampai outdoor. Habis tu tak segan pulak berselfie bagai time akad nikah?

2. Saya suruh adik beradik saya la yang ambilkan gambar.. ok ini sangat jimat .. tapi agak-agak berapa lama diorang boleh tahan tunggu Cik sepanjang majlis untuk ambil gambar Cik & Pasangan. Majlis Nikah OK lagi sebab sekejap je, tapi kalau majlis sanding panjang kot sampai ke petang.

3. Pelamin saya cantik & meriah dengan warna-warni lampu yang pelbagai. Kejap biru, kejap ungu, kejap kuning… Cik nak tahu tak, kalau tak betul setting pada kamera, silap-silap nanti muka Cik nampak macam SHREK! , tak pun ALIEN disebabkan warna lampu yang mengelirukan kamera. Itu belum kira lagi gambar yang blurr & sebagainya.

4. Gambar pelamin cerah benderang, tapi muka Cik pulak yang tak nampak , gelap semacam je.. dah la baju sewa mahal-mahal tapi tak nampak mahal pun dalam gambar atau lebih teruk tak nampak pun detail pada baju tersebut, baik pakai baju kurung biasa je..

5. Gambar simpan je dalam memori HP. Nanti kalau ada budget lebih baru buat album. Cik.. kalau macam ni punya plan, dah ada anak 2,3 pun belum tentu terbuatnya album. Lebih haru, HP tadi tu hilang la pulak… jadinya tiada lah gambar kenangan kahwin.

JADI saranan kami, jangan terlalu berkira untuk sediakan budget untuk Jurugambar majlis perkahwinan , SEBAB moment yang Cik bakal lalui itu adalah MEMORI INDAH  yang Cik akan bawa dimasa hadapan. PERCAYALAH, kami dilatih untuk merakam & mengabadikan KENANGAN tersebut dengan baik supaya nanti dimasa hadapan KENANGAN tersebut akan terus segar & berkekalan di hati Cik.

#miezipro #mieziprodotcom
“We Care for Your Precious Moments”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*