fbpx
IDEA DIY UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ATAU MAJLIS PERKAHWINAN

IDEA DIY UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ATAU MAJLIS PERKAHWINAN

 

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan berita mengenai pelamin yang ditempah tidak oleh si A tidak seperti yang diharapkan pada majlis perkahwinan. Berita-berita sedemikian umpama igauan mimpi yang menakutkan buat bakal tunangan dan bakal pengantin. Jadi, timbullah idea kepada mereka yang ingin diy sendiri pelamin mahupun gubahan untuk majlis mereka sendiri. Bagi mereka, biar penat asalkan mereka dapat kepuasan melihat hasil gubahan jari-jemari mereka pada hari bahagia mereka.

Entri kali ini, kami sentuh mengenai idea diy untuk majlis pertunangan atau majlis perkahwinan.

PELAMIN

  • Langsir dan pasu
    • Gunakan langsir dan pasu yang sedia ada dirumah. Jangan membazir nak beli baru ye. Majlis korang kan sehari je usia dia kan.

 

  • Guna karpet sedia ada di rumah
    • Korang boleh guna karpet yang memang dah ada dalam rumah atau pinjam je kat pakcik makcik korang tu untuk dijadikan alas kat pelamin korang. 

 

  • Stage dari pallet kayu
    • Pallet kayu ni korang boleh sewa je kak butik pengantin. Nilai dia MAMPU bayar okay? 

 

  • Lampu lip lap raya (putih)
    • Lampu lip lap ni berlambak je ada kat kedai-kedai, pasar malam atau nak best sikit cari time bulan puasa. Confirm ada punya lah. Time bulan puasa ni lah sambil cuci mata cari baju raya kat uptown sambil tu korang carilah barang untuk diy pelamin korang kan. 

 

  • Bangku
    • Bangku ni ada tiga pilihan sama ada korang nak beli baru, pakai bangku kat rumah  je atau sewa kat butik pengantin. Kalau korang beli, bangku tu dah pasti jadi hak milik korang. Kalau korang sewa, korang kena pulangkan balik. Tapi pilihan ni semua bergantung kepada bajet korang jugakkan?

 

HANTARAN

  • Warna
    • Hadkan pemilihan warna (not more than 3)

 

  • Kemas dan rapi
    • Jangan terlalu sarat dengan hantaran

 

  • Saiz
    • Cari barang yang praktikal dan sesuai dengan saiz dulang yang digunakan

 

  • Berat
    • Elakkan dari meletakkan barangan yang berat

 

  • Guna bunga tiruan
    • Bunga tiruan ni korang boleh dapatkan kat kedai-kedai bunga yang berhampiran rumah korang. 

 

Thank you sudi membaca. Sharelah kalau ia entri kali ini membawa manfaat kepada anda. 

***Gambar-gambar credit to Google***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*