fbpx
ORGANIC SKINCARE WITH RM20

ORGANIC SKINCARE WITH RM20

Sebenarnya, waktu kulit korang tengah eloklah lagi nak dijaga. Kalau dibiarkan je tak terjaga, jangan nanti gundah gulana pulak, bila tengok kulit muke korang nampak  kusam, tak berseri, ada garisan halus, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan. Mula lah nak STRESS!! Mula lah nak marah semua orang, malu nak keluar, lepastu tepek makeup tebal-tebal. Semuanya salah sendiri.

Nak jaga kulit muke tak susah mana pun guyss. Muka korang boleh je flawless walaupun tak makeup, boleh je guna bahan-bahan semula jadi sebagai skin care korang kalau nak jimat dan selamat. Lagi pula, tiada jalan ‘shortcut’ nak nampak cantik. Nak cantik memang wajib kena USAHA macam-macam cara yang serasi dan paling penting kena rajin. Ikut petua lengkap penjagaan wajah ini.


 

1.BUAH Timun Sebagai Pencuci Muka

 

Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari buah timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

KEBAIKKAN TIMUN:

  1.  Menghidratkan tubuh badan
  2.  Menyingkirkan toksin dalam badan
  3.  Membekalkan mineral kedapa kulit
  4.  Sumber vitamin harian
  5.  Mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah.
  6.  Membantu buah pinggang jadi lebih baik dan sihat.

Caranya:

Hanya perlu kisar buah timun dan masukkan sedikit air. Cuci muka seperti biasa dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Kulit wajah rasa lebih bersih, segar dan sejuk dengan pati buah timun tersebut.

 

 

2.BUAH Tomato Sebagai Toner (Penyegar)

 

Buah tomato bertindak sebagai skin toner atau penyegar wajah. Buah Tomato mampu membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.

KEBAIKKAN TOMATO :

  1.  Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
  2.  Mengecutkan jerawat
  3.  Jeragat menjadi pudar
  4.  Mengecilkan liang roma
  5.  Melembabkan kulit
  6.  Tona kulit sekata

 

Caranya:Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

 

 

3.BUAH Lemon Sebagai Masker Kurangkan Parut

 

Buah Lemon miliki khasiat tersendiri untuk kecantikan wajah. Enzim didalam jus lemon membantu membuang sel-sel mati pada kulit secara tak langsung mengurangkan warna parut ,melembutkan serta melicinkan kulit wajah. Jus buah lemon ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

KEBAIKKAN LEMON:

 

  1. Dapat digunakan sebagai facial foam
  2. Membantu mengilangkan bekas jerawat
  3. Membantu menyegarkan kulit
  4. Membantu menghaluskan permukaan kulit wajah
  5. Membantu mengencangkan kulit wajah
  6. Membantu mempertahankan kualitas kolagen kulit wajah
  7. Membantu mencegah munculnya penyakit kulit pada wajah
  8. Membantu mengusir penampilan wajah yang lelah
  9. Membantu mengangkal radikal bebas yang dapat merusak wajah
  10. Membantu mengangkat kotoran pada kulit
  11. Membantu mengeringkan luka bekas jerawat dengan cepat
  12. Membantu mencerahkan noda hitam bekas jerawat
  13. Membantu mengeluarkan kotoran penyebab jerawat
  14. Memberikan nutrisi pada kulit wajah secara alami
  15. Membantu memutihkan kulit wajah
  16. Membantu mengurangi pigmentasi pada kulit
  17. Membantu membuat kulit wajah terlihat lebih bersih
  18. Membantu mencegah munculnya jerawat datang kembali
  19. Membantu meningkatkan kekenyalan kulit
  20. Membantu wajah agar terlihat lebih merona

 

Caranya:Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

 

4.BUAH Sengkuang Untuk Lembabkan & Cerahkan Wajah

Masalah kulit wajah kering dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sengkuang.Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), sengkuang juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan awet muda.

KEBAIKKAN SENGKUANG:

  1. Mencerahkan kulit muka
  2. Menegangkan kulit muka
  3. Menyegarkan kulit muka

 

Caranya:Kupas buah sengkuang (pilih buah yang bersaiz kecil) kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu.Hasilnya kulit wajah lebih lembab dan jadi lebih cerah.

 

 

5.BUNGA Mawar Untuk Hilangkan Lebam Bawah Mata

 

Bunga mawar tinggi kandungan vitamin C. Ia dapat mengatasi kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengatasi kulit yang kemerahan akibat terdedah dengan sinaran matahari. Mawar juga berfungsi untuk mendinginkan kulit, mengecilkan pori-pori dan paling penting mampu menyamarkan lingkaran hitam dibawah mata.

KEBAIKKAN BUNGA MAWAR :

  1. Kulit muka jadi lebih halus
  2. Boleh mengurangkan selulit
  3. Bagus untuk kulit yang kering
  4. Mencerahkan kulit muka
  5. Ubat untuk jerawat
  6. Menegangkan kulit muka

 

Caranya:Rendam lebih kurang 8 kelopak bunga mawar dalam 3-4 sudu air selama 2-3 jam. Kemudian hancurkan kelopak bunga mawar tersebut di dalam air rendaman dan tambah 3 sudu madu. Campurkan hingga sebati dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air sejuk.

 

Selamat Mencuba…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*