fbpx
PETUA NAIKKAN SERI WAJAH UNTUK BAKAL PENGANTIN

PETUA NAIKKAN SERI WAJAH UNTUK BAKAL PENGANTIN

Semua bakal pengantin pastinya mahu kelihatan berseri di majlis paling bahagia mereka. Kenapa nampak suram je muka pengantin tu, kenapa nampak penat? Ops taknak la kene tegur macam tu kan.

Meh kali ni Miezipro nak kongsi petua naikkan seri wajah untuk bakal pengantin kat luar sana. Ada dua petua jenis petua yang korang boleh pakai sama ada petua tradisional atau pun moden. Nak guna dua dua petua pun boleh.

PETUA TRADISIONAL

1. Memakan kelopak bunga mawar setiap hari

Kata orang petua ni sangat bagus. Kalau diamalkan, in shaa Allah keserian wajah akan berpanjangan. Caranya adalah dengan mengambil air kosong dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi dan seterusnya memakan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Amalkan 44 hari sebelum menjelang hari bahagia. Boleh juga jadikan sebagai amalan harian untuk kelihatan berseri setiap masa.

2. Cuci wajah dengan daun sireh

Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan. Selepas itu gunakan air rebusan tadi untuk mencuci wajah. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini adalah untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka yang akan menaikkan seri wajah. Untuk info tambahan, air rebusan sireh juga sangat baik untuk ”Feminine Hygiene Cleanser”. Boleh amalkan petua ni 30 hari sebelum menjelang hari bahagia.

3. Timun sebagai eyemask

Kita semua tahu bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat banyak. Cara untuk menggunakan petua ini, hiriskan timun tidak terlalu tebal tidak juga terlalu nipis. Tekapkan hirisan timu tadi di mata selama 30 minit kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat lewat tidur atau mata penat serta mampu menghilangkan mata lesu. Hirisan timun juga mampu menegangkan otot di bawah mata!

4. Lobak sebagai masker muka

Lobak kaya dengan vitamin E. Ianya dipercayai mampu menghilangkan parut muka serta menaikkan seri wajah. Yang paling best sekali, lobak juga mampu melembapkan kulit wajah! Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

5. Air kelapa tua untuk melembapkan wajah

Wajah yang kering dan kusam akan membuatkan seseorang itu nampak tua berbanding usia. Jika anda mempunyai masa lapang, cari kelapa tua dan ambil airnya. Bukan untuk minum tetapi untuk basuh muka anda. Biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan air kelapa tua ini sebagai amalan anda. Sudah tentu kulit lembap berseri menjadi milik anda!


!!! BONUS !!!

 Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.


PETUA MODEN

1. Tidur yang secukupnya

Beberapa hari sebelum menjelang hari bahagia, cuba dapatkan tidur yang secukupnya. Bukan sahaja dapat memberi tenaga dan menyihatkan tubuh badan, tetapi juga dapat menaikkan seri wajah. Elakkan tidur dan bangun lewat! Ianya akan menghilangkan seri wajah anda. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh. Sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit untuk menghirup udara pagi. Paling penting, pastikan anda tidur cukup 6-7 jam setiap hari!

2. Luang masa di pusat rawatan kecantikan

Luangkan masa pergi ke pusat rawatan kecantikan seminggu sebelum hari bahagia anda. Berbelanjalah lebih sedikit untuk kelihatan manis di hari berbahagia anda. Bukan untuk siapa pun, untuk diri anda juga. Lakukan rawatan muka, badan serta ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda!

3. Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari

Pastikan anda minum segelas air kosong selepas bangun dari tidur dan sebelum mandi (gosok gigi). Air kosong banyak kelebihannya. Antaranya ia membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah. Air kosong juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Mengikut sunnah nabi, membacakan bismillah dan selawat ke atas nabi dalam gelas air kosong. Seterusnya minum air tersebut dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum air secara duduk sebenarnya membantu usus kita bekerja. Hal ini kerana, jika anda minum dalam keadaan berdiri dipercayai sebenarnya usus anda dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Ianya kerana terdapat lubang yang tertutup ketika kita berdiri yang membantutkan urusan ‘kerja’ usus.

4. Ambil supplement untuk memberi tenaga

Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih-lebih lagi ketika menyediakan persiapan hari bahagia. Pastinya anda memerlukan tenaga tambahan untuk menyiapkan semua perkara. Dengan pengambilan supplement ianya bukan sahaja dapat memberikan tenaga, malah membantu menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan nasihat pakar untuk mendapatkan supplement yang sesuai dengan diri anda di farmasi.

Petua yang diberikan sangat berguna? Meh kongsikan dengan kawan-kawan anda! Taknaklah cantik sorang kan? Selamat mencuba girls!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*