fbpx
  • Home
  • /Wedding Tips
  • /SOALAN-SOALAN PUAKA TOK KADI YANG MEMBUATKAN PENGANTIN NAK TERKENCING
SOALAN-SOALAN PUAKA TOK KADI YANG MEMBUATKAN PENGANTIN NAK TERKENCING

SOALAN-SOALAN PUAKA TOK KADI YANG MEMBUATKAN PENGANTIN NAK TERKENCING

Sumber : Google

Untuk bakal pengantin yang tidak lama lagi ingin membina sebuah “masjid” korang perlu bersedia tentang soalan-soalan yang mungkin akan di tanya oleh tok kadi. Teruskan membaca untuk mengetahui contoh soalan-soalan akad nikah:

#1 Mengucap Dua Kalimah Syahadah

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا اللهوَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

#2 istighfar

Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. 

(Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi). 

#3 Surah Al-Fatihah

بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ {1} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّينَ {7}

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji  bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai  hari pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah,  dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah  kami jalan yang lurus (6) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat (7) (surat Al Faatihah : 1-7)

#4 Rukun Iman

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-Kitab
  4. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

#5 Rukun Islam

  1. Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat – Zakat fitrahZakat harta
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu

#6 Doa Qunut


اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ

وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ،
فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan Doa Qunut dalam Sholat Subuh Latin

  1. Allah hummah dinii fiiman hadait.
  2. Wa’aa finii fiiman ‘aafait.
  3. Watawallanii fiiman tawal-laiit.
  4. Wabaariklii fiimaa a’thait.
  5. Waqinii syarramaa qadhait.
  6. Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik.
  7. Wainnahu laayadzilu man walait.
  8. Walaa ya’izzu man ‘aadait.
  9. Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait.
  10. Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait.
  11. Astaghfiruka wa’atuubu ilaik.
  12. Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

Terjemahan Arti Bacaan Doa Qunut dalam Sholat Subuh

  1. Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.
  2. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan.
  3. Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan.
  4. Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
  5. Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan.
  6. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum.
  7. Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
  8. Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya.
  9. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau.
  10. Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan.
  11. Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.
  12. (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

#7 Hadas Besar

Pengantin kena tahu perkara sebegini. Supaya senang untuk dijawab dengan tok kadi.

Sebab-sebab seseorang itu berhadas besar;

  • Jimak atau melakukan persetubuhan sepasang suami-isteri.
  • Keluar darah Haid atau datang bulan bagi perempuan.
  • Keluar air mani sama ada melalui mimpi atau dengan sengaja.
  • Nifas iaitu darah yang keluar semasa melahirkan anak.
  • Wiladah iaitu melahirkan anak yang tidak diiringi darah.


Perkara yang diharamkan bila seseorang itu berhadas besar;

  • Solat sama ada fardu atau sunat.
  • Tawaf sama ada fardu atau sunat.
  • Menyentuh Al-Quran atau menanggungnya(membawa atau memegang).
  • Membaca Al-Quran
  • Berpuasa sama ada wajib, sunat atau qadak; bagi yang haid atau nifas.
  • Jimak dengan isteri-isteri yang haid atau nifas.

Ini adalah soalan puaka tok kadi yang korang perlu untuk elak dari nervous melampau. Selamat mencuba korang….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*