fbpx
TIPS DIY: RECYCLE PAPER BAG FOR WEDDING GIFT

TIPS DIY: RECYCLE PAPER BAG FOR WEDDING GIFT

Hai semua. So today MakNah nak ajar korang supaya tak buang sampah merata-rata dah. haha. MakNah nak ajar korang buat doorgift DIY daripada surat kabar. Untuk memberi doorgift kadangkala budgetnya mampu mencapai hingga ke seribu hingga ke 2 ribu.

 

Bagi korang yang kekurangan budget ataupun mahu kelainan dalam perkahwinan. 🤔 Bolehlah cuba buat sendiri doorgift. Siapa kata korang tak boleh buat sendiri dari rumah ? 😉  Selagi korang ade tangan so korang still lagi mampu tau! Hahaha.

 

So jom tngok apa yang MakNah kongsikan cara-cara membuat paper bag korang sendiri untuk menjimatkan lagi kos majlis perkahwinan korang..🤗🤗

Jom ikut step-step yang dibawah:

1. Korang perlu sediakan tape, Newspaper dan gunting.

 

 

2.Gunting surat khabar korang, kerana kita tak perlukan paper bag yang besar.

 

3. Lipat surat khabar korang kepada 2, tapi tinggalkan sedikit ruang.

 

4. Lebihan surat khabar itu pula dilipatkan ke bawah.


5. Tape sepanjang lipatan itu, jangan ada ruang. Jangan main tipu, nanti berlubang pula paper bag anda.

6. Surat khabar korang sepatutnya kelihatan sebegini.

 

7. Ok, letakkan semuka ke atas meja. Nampak Point A dan Point B?

8. Tolak Point A dan Point B ke atas untuk membuat lipatan yang baru dan menghasilkan Point C dan Point D.

9. Sekarang pula, temukan Point B dan Point D. Temukan Point A dan Point C. Tekan pada lipatan.

10. So sekarang kertas korang patut kelihatan sebegini.

11. Baringkan semula, dan lipat sedikit sahaja surat khabar korang dibahagian bawah. Ini untuk dijadikan tapak paper bag tersebut.

12. Tape sepanjang lipatan tadi. Ini pun jangan main tipu, tercicir pula karang wedding gift yang diletaknya.

13. Pada bahagian tepi surat khabar korang, sepatunya kelihatan sebegini.

14. Lihat lipatan ni, masukkan tangan anda kedalam paper bag tersebut dan tekan pada lipatan tersebut untuk dijadikan tapak.

15. Tapak paper bag korang sepatutnya kelihatan sebegini. SIAP!

16. Untuk kelihatan lebih cantik, korang boleh hiasi paper bag tersebut dengan ribbon ataupun dolly paper.

Hah tak susahkan ? Macam yang MakNah ckp selagi korang ade tangan mesti korang boleh buat.haha

Selamat Mencuba <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*