fbpx
  • Home
  • /Wedding Tips
  • /JIMAT BERBELANJA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA, JANGAN ABAIKAN TIPS NO 6 UNTUK KAWAL DUIT ANDA
JIMAT BERBELANJA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA, JANGAN ABAIKAN TIPS NO 6 UNTUK KAWAL DUIT ANDA

JIMAT BERBELANJA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA, JANGAN ABAIKAN TIPS NO 6 UNTUK KAWAL DUIT ANDA

         1) TETAPKAN JUMLAH TETAMU YANG HADIR                                                                                                              

-Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, barulah dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

      2) MAJLIS YANG DIADAKAN SECARA GOTONG ROYONG

-Dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama jiran anda.

          3) SEWA BAJU PENGANTIN

Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimanaanda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja.

                 4) MEMBUAT TEMPAHAN PERKHIDMATAN SEMASA PROMOSI

           –Buat tempahan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.

        5) HANTARAN MENGIKUT KEMAMPUAN

 –Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi supaya tidak berlaku kos yang melebihi bajet asal dan buat pemilihan berdasarkan kualiti barang tersebut.  

          6) MEMBUKA AKAUN KHAS

     –Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalahdengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan dan seterusnya

      BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.


                                                                                                                                         

          Kesimpulannya, anda haruslah berjimat cermat dalam setiap perbelanjaan supaya tidak melebihi kos, banyak lagi yang nak digunakan untuk alam selepas perkahwinan. Bagi yang menjadi bakal suami, haruslah bijak membuat perancangan yang terbaik bagi memikul tanggungjawab sebagai seorang suami nanti dan elakkan daripada berhutang dengan mana mana pihak.

          pasangan yang nak mendirikan rumah tangga tak boleh lah ambil mudah dan buatlah persiapan takut nanti jadi kelam kabut pulak masa kahwin. Sebelum nak kahwin tu, bincang dulu dengan pasangan tentang bajet.

                      SUMBER : GOOGLE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*