fbpx
TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN

TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN

1. Membuat senarai barang yang ingin dijadikan hantaran.

                                                                                                                                                                                        (GAMBAR 1)

Kenapa kita perlu buat senarai barang yang ingin dijadikan hantaran?

Supaya tidak lari bajet anda nanti. Biasalah,manusia ni mudah rambang mata lagi-lagi perempuan pantang tengok cantik, lawa, kemas semua nak dibelinya.

Nampak tak betapa pentingnya membuat senarai barang?

2.Bilangan dulang dipilih dalam bentuk ganjil.

Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.Contoh, pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 7 dulang hantaran. Pastikan hantaran tidak terlalu banyak supaya tidak memikirkan bajet dalam pembelian barang.

3. Barang hantaran yang ringkas

Hantaran tidak perlu terlampau menonjol, cukup lah sekadar ada menunjukkan itu hantaran. Makanan atau buah-buahan perlu ada supaya ahli keluarga mengingati majlis perkahwinan anda.

Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan , anda juga boleh menggantikannya dengajmn tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian .

BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

4. Hantaran mengikut tema atau majlis.

 

Hantaran tersebut haruslah mengikut tema atau majlis tersebut , barulah meriah orang kata. Dalam pemilihan warna hantaran kebiasaaannya warna yang sama dengan baju pengantin,pelamin dan warna tema keluarga. Contohnya, pelamin warna biru,hantaran pun turut warna biru.Hantaran warna kelabu pelamin pun kelabu.

Kesimpulannya jangan kita terlampau boros atau membazirkan duit dalam permilihan hantaran.Banyak lagi duit nak digunakan untuk keperluan lain seperti pelamin,kanopi,katering,photo dan videographer,mak andam atau sebagainya.

Kalau sudah ikut adat , barulah boleh ikut kemampuan masing-masing untuk menghadiahkan apa yang digemari pasangan kita ikut tadi. Takut terlanggar adat nanti. Walau apa pun, pastikan kita tak berbelanja lebih daripada apa yang kita mampu.Adat bukan satu kewajipan tetapi satu tradisi yang boleh dilakukan.

Sumber : google .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*