fbpx
TIPS MEMILIH “WEDDING PHOTOGRAPHER”

TIPS MEMILIH “WEDDING PHOTOGRAPHER”

WhatsApp Image 2017-04-10 at 9.41.10 AM

Macam mana nak tahu jurugambar tu bagus ke tidak ?

Meh kami kongsikan tip-tip memilih “wedding Photographer”:-

1. Semak latarbelakang jurugambar

Terdapat ramai jurugambar amatur dan professional di Malaysia ni, tinggal pilih sama ada ‘freelancer’ mahupun syarikat ternama. Contohnya, boleh la usha-usha page mereka tu banyak likers tak? So far, Miezipro ade 50,000 likers. Kalau nak lebih kepastian kan tanyalah kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang dah berkahwin. Cik adik boleh je refer previous jurugambar diorang. Tentu ada pro and cons yang mereka boleh kongsikan. Bukan apa, cuma nak elakkan kes kena tipu je. Mesti tak nak jadi macam tu kan?

 

2. Dapatkan informasi jurugambar

  • Nombor untuk dihubungi. Sekarang ni ‘famous’ dengan whatsapp kan. Senang lagi pantas.
  • Alamat lengkap kedai/ rumah- Alamat ni supaya anda tahu dari mana jurugambar tu tinggal atau kedainya. Bukan apa, kalau dapat jurugambar yang dekat dengan tempat perkahwinan anda kan bagus. Dah jimat kos pengangkutan kat situ. Haa nampak tak?
  • Website
  • Laman sosial seperti Facebook dan InstagramWhatsApp Image 2017-04-10 at 9.57.33 AM

3. Semak pengalaman jurugambar

Pengalaman jurugambar ni penting tau tak. Lagi lama dia terlibat dalam industri ni lagi bagus. Sebab skill-skill tangkap gambar pengantin ni bukan boleh dapat sebulan dua tau, makan tahun cik adik semua yer. Bukan main picit-picit jer kamera dah jadi gambar. Banyak teknik-teknik yang digunakan untuk hasilkan gambar yang cantik. Contohnya, pernah tengok tak gambar yang fokus pengantin tapi background blur. Jurugambar yang berpengalaman jek pandai cik adik. Lagi satu kan, kedudukan pengantin alaa gaya posing tu. Kalau tak kena gayanya, pengantin nampak macam kayu jek nanti dalam gambar tau. Lenggok badan, lentok kepala dan bukaan kaki ni semua diambil kira untuk hasilkan The best Photo. Ehh panjang pulak kupasannya. Senang cakap kan cik adik boleh tengok testimoni pelanggan-pelanggan terdahulu. Apa kata diorang OK.

 

 

 

 

4. Semak sebut harga dan pakej-pakej yang ditawarkan

Minta senarai pakej dan sebut harga yang ditawarkan untuk anda pilih. Kebiasaannya, bermula dari RM500 sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Pastikan anda faham isi kandungan pakej-pakej tersebut. Apa jenis album, kuantiti gambar dan sebagainya. Buat ‘survey’ sekurang-kurangnya dari 3 orang jurugambar. Bandingkan ‘item’ yang akan anda dapat dalam pakej itu berbaloi ke tak dengan harganya.

 

5. Cas-cas tambahan

Apa itu cas tambahan? Cas ni kan tak diceritakan secara details dalam pakej-pakej tadi. Ia bergantung pada lokasi majlis Cik Adik. Lagi jauh, lagi mahal lah cas pengangkutan tu. Yang keduanya pulak cas penginapan. Kalau majlis berlangsung dua hari. Mestilah kena ada tempat bermalam kan. So, cas ni akan dimasukkan sekali dalam pakej sebagai bayaran tambahan. Haa clear tak?

6. Kontrak perjanjian

Kontrak perjanjian diantara jurugambar dan pelanggan pun penting juga tau. Haa. Cik adik ingat nak beli rumah je ke yang kena ada kontrak perjanjian. Ishh salah tu. Kontrak perjanjian ni penting tau. Just in case lah kan jurugambar buat perangai tak muncul time majlis perkahwinan cik adik tak ke naye nak cari jurugambar last minute. Dah tu, kot ada jurugambar missing in action after cik adik buat full payment haaa haru-haru lah time nak buat police report sebab evidence pun takde. Haaa sebab tu sebelum cik adik nak hire jurugambar dan buat payment, buat black and white agreement. Kan memudahkan urusan cik adik di masa akan datang kan?

 

7. Temujanji

Iyee. Nak guna khidmat jurugambar pun kena buat temujanji tau. Macam cik adik jugak sebelum bercinta, kena kenal dulu orangnya siapa, duduk mana dan sebagainya. Time ni lah cik adik boleh jadi polis pencen dan tanya segala benda yang menganggu fikiran cik adik. Cik adik tanya, jurugambar jawab. Gituu.

download

8. Proses pembayaran

Jangan seronok dulu ye cik adik, sebelum nak berjoget zapin menanti hari bahagia anda. Pastikan tanya kat jurugambar yang cik adik pilih tu macam mana proses pembayaran album perkahwinan cik adik tu. Sama ada kena bayar sekaligus ke atau boleh buat ansuran macam beli barang kat Courts Mammoth. Selepas itu, barulah cik adik boleh tarik nafas lega dan fokus mengenai persiapan hari bahagia cik adik.

 

Tenciewww bace tau..share lah kat pasangan cik adik tuuuh

***Gambar-gambar credit to Google***

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*