fbpx
TIPS PEMILIHAN TARIKH PERKAHWINAN

TIPS PEMILIHAN TARIKH PERKAHWINAN

2f7252cb-83a2-474c-b71e-786b73eb9c56

Tarikh perkahwinan merupakan suatu perkara yang penting. Tanpa tarikh berkahwinan macam mana korang nak kahwinkan. Hehe. So, bagi sesiapa yang masih tercari-cari tarikh yang sesuai untuk korang nak kahwin, rileks hokeyyy. No need to kelam-kabut, serabut atau stress. Dibawah ini kami sediakan tips macam mana korang nak pilih tarikh perkahwinan korang tu. Harap membantu. Jom baca!

  • Tarikh majlis sekurangnya enam bulan akan datang.

Haaa. Kenapa? Why? Wooo~ Wooo~ Rileks rileks. Jangan gelabah. Sebab kebiasaannya tempoh enam bulan ni lah kita busy nak ke sana ke mari uruskan dewan, katering, hantaran, pelamin, fitting baju pengantin, tempah tok kadi haaa apa lagiii. Senang cerita memang banyak lah persiapan yang korang kena buat. Enam bulan tu minimum tauuuuuu.

  • Elak buat majlis pada musim cuti sekolah

Haippp. Sabar. Jangan marah. Tahu, kebiasaannya memanglah orang buat majlis masa cuti sekolah sebab sanak-saudara pulang ke kampung kan. Senang rewang. Tapi hey baca dulu. Biasanya kalau buat majlis bukan time cuti sekolah inshaAllah anda akan dapat pilihan katerer anda. Tambahan pula, korang dapat jimat dari segi kos bahan mentah seperti ayam, daging dan sotong. Kebarangkalian untuk tetamu korang hadir ke majlis korang juga tipis kerana bilangan majlis kenduri yang terlalu banyak masa cuti sekolah.

cuti-sekolah

  • Bukan pada minggu pertama raya

Menjelang takbir raya, berakhirnya puasa. Yeehaaa~ Masa ni kan masa untuk mengutip duit raya. Time ni semua busy makan ketupat rendang sila nikmati kawan. Ehhh. Ternyanyi pula. Huhu. Maksud saya kat sini, mak andam dan pakcik katering pun nak cuti beraya awak oii. Kalau rasa nak buat juga majlis time ni, jangan menyesal kalau awak dicaj kos yang tinggi. Tambah lagi orang dalam mood raya bukan mood kenduri, huhu.

img_4024

BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

  • Bukan dalam musim hujan

Cuaca ni memang kita tak boleh nak agak dah. Tapi kebiasaannya, hujung tahun ialah musim hujan. Tetapi lain negeri lain pattern hujannya. Kena rajinkan diri semak calendar dan tanya orang-orang sekekliling ye. Sebab kalau anda berkahwin pada musim hujan, susah pula nanti. Pakaian pengantin basah. Tetamu pun laju je nak balik sampai tak sempat nak tengok pengantin. Tapi kita kan hanya merancang. Allah yang tentukan. Doalah semoga majlis anda semua berjalan lancar.

Peluang-usaha-di-Musim-hujan-635x423

  • Pilih tarikh yang senang anda ingat

Kalau anda dilema sangat, pilihlah tarikh berkembar seperti 3.3.2013 atau 10.10.2010. ataupun anda pilih tarikh yang ada kena-mengena dengan diri anda  macam tarikh lahir anda atau pasangan anda. Sebabnya ialah senang nak celebrate anniversary. Anda pun senang ingat dan pasangan pun tak lupa kan.

Okay, tu je tips buat masa sekarang ni. Selamat berkahwin awak semua!

***Gambar-gambar credit to Google***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*