fbpx
TIPS PERKAHWINAN SEMUA ISTERI MESTI TAHU

TIPS PERKAHWINAN SEMUA ISTERI MESTI TAHU

6fd56042-11fb-41da-a098-523dd119beba
Setiap perhubungan pasti ada pasang dan surutnya. Sama juga seperti perkahwinan. Di awal perkahwinan memang terasa bahagia. Tapi lama-lama rasa bahagia itu semakin hilang ditelan masa. Isteri salahkan suami, suami salahkan isteri. Akhirnya, bahtera perkahwinan yang dibina dengan cinta berakhir dengan perceraian kerana bahagia itu tiada.

Setiap pasangan kena ingat. Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Bergaduh dan bertengkar hanya memarakkan rasa benci terhadap pasangan. Setiap pasangan haruslah saling mengalah dan berhenti menyalahkan antara satu sama lain.

Setiap kata-kata yang keluar dari isteri ketika marah ibarat pisau yang menghiris hati. Berbisa, pedih dan menusuk hingga ke jantung. Jadi para isteri, mari semak apa yang anda boleh buat untuk lembutkan hati suami anda.

1.Hormati sang suami

Semua sedia maklum bahawa syurga si isteri terletak dibawah tapak kaki suami setelah terlafaznya akad nikah. Si lelaki, prinsipnya adalah untuk dihormati dan orang yang paling perlu menghormatinya ialah si isteri. Percayalah, walaupun anda rasa suami anda tidak layak dihormati tetapi sekiranya anda hormati dia, ia akan memberi semangat untuk dia jalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

d400082a-b872-4c9a-804f-0fd5a6fd07e0

2.Jaga hati sendiri

Kadang-kadang manusia ni suka membandingkan apa yang orang ada dengan apa yang dia ada. Jauhkan diri anda daripada benda-benda atau orang-orang yang membuatkan anda rasa suami anda tidak cukup bagus. Belajar bersyukur dan menghargai apa yang anda ada sekarang ni. InshaAllah hati anda akan tenang.

3.Memaafkan

Nobody perfect. Setiap manusia tidak pernah lari daripada membuat kesalahan sama ada yang kecil mahupun yang besar. Latih diri anda untuk senang memaafkan suami anda. Jangan biarkan perasaan benci bercambah didalam hati anda. Ingat, redha suami redha Allah.

9f13a43a-c5d0-4e9b-9083-66d9749f39d6

4.Jangan sebut perkataan cerai

Perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan emosi. Apabila anda tidak berpuas hati dengan suami, elakkan dari menyebut perkataan cerai hanya untuk mengugut suami. Ia hanya mencabar ego dan menyakitkan hati suami anda tetapi ia tidak pernah membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

5.Jangan burukkan suami

Sekiranya anda ada masalah dengan suami anda, berbincanglah dengan dia. Berdoa lah kepada Allah untuk lembutkan hati suami anda. Jangan pernah berkata buruk perihal suami kepada keluarga atau orang luar. Peliharalah aib suami anda.

Semoga tips diatas membawa manfaat kepada anda. Ingat ye, jaga hati suami anda walaupun hati anda dilanda tsunami. InshaAllah perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*